Laporan media Malaysia berbeza Manohara_Odelia_Pinot

Pada 31 Mac 2009, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa ,Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Pada 16 April 2009, Manohara hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di Kota Bharu.

Pada 26 April 2009, Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara Odelia Pinot menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil .Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti.

Pada 27 April 2009, Manohara dan suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hadir pada majlis perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang , Kelantan. Turut berangkat ialah Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.[10]

Pada 28 April 2009, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia, berangkat ke majlis perkahwinan anak lelaki Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa. Mereka bersalaman dengan pengantin Ahmad Syafi Husam dan Indah Purnasari Didin Solahudin (warga Indonesia) di Kampung Kota, Kota Bharu. .[11]

Rujukan

WikiPedia: Manohara_Odelia_Pinot http://74.125.153.132/search?q=cache:KZjdHEvhWKUJ:... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://hariansib.com/?p=78541 http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/aniaya-... http://malaysiakini.com/news/106181 http://malaysiakini.com/news/106349 http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-kisah-d... http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-tanggap... http://www.youtube.com/watch?v=AkMGOZnx5Ak&NR=1 http://www.youtube.com/watch?v=SXbX2iSo7Xg&feature...